Tengok-Tengok

Tuesday, June 28, 2011

Hati kita Allah yang pegang

Hati kita Allah yang pegang.

Dan semoga kita menjadi manusia yang sentiasa berpegang pada jalan-Nya.Allah SWT datangkan ribut petir pada mulanya kerana Dia mahu datangkan pula pelangi indah kemudiannya.Ujian datang pada mereka yang mampu menghadapinya. Segala ujian adalah bagi mengukur kecintaan kita padaNya.


~You can't have happiness without pain, and you can never have beautiful rainbows without rain~

Semoga Dia permudahkan segalanya. Amin

Friday, June 17, 2011

POSITIF! POSITIF! POSITIF!

Kelebihan ada pada semua orang. Jika kau lebih disini, kau mungkin kurang disana. Tiada manusia yang sempurna. Aku punya banyak kelemahan, tapi aku tahu aku juga punya kelebihan. Kelebihan diri, orang susah nak nampak. Tapi kelemahan diri, pandang seminit dua sudah dapat senaraikan kelemahan. 

Minda selalu kata ingin berfikiran positif, mencari info sana sini, madah begitu begini semata -mata cuba mahu menjadi positif. Tapi pengakhiranya tetap terselit negetif. Eh tak, kita tukar. Pertengahan perjalanan kita tetap terselit fikiran negetif. Tapi kita terus mendaki mencari positif. Manusia, kerana tuhan jadikan manusia itu prlbagai rupa dan pelbagai akal fikirnya, maka aku sebagai manusia yang banyak fikirnya, yang selalu tersasar untuk berfikir positif, akan terus berusaha mencari positif. Aku akan terus berusaha dan berusaha. 

Minggu depan adalah hari bapa.. Selamat Hari Bapa abah ~
 Abah adalah terbaik bagi saya. Semoga roh mahu tenang disana, kami disini sentiasa mendoakan mu disana~

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.