Tengok-Tengok

Tuesday, February 15, 2011

Saya suka dia.

Kalau kita suka orang itu. Tidak semestinya kita dapat bersama dengan dia. Jodoh,ajal dan maut di tangan Tuhan. 


Ya, Jika saya memang suka pada seseorang, saya tetap akan memegang prisip bahawa perigi tidak pergi mencari timba biarpun hari-hari kita berjumpa, Tidak sekali-kali akan saya nyatakan rasa suka saya pada dia.Biar saya seorang sahaja yang tahu orangnya.Lagipun rasa itu hanya rasa suka.Bukan rasa cinta dan sealiranya. Maka kenapa perlu saya mengucapkan suka kalau saya sendiri hanya suka pada dia.Tidak bertekad dihati sekali pun?

Ya,saya seorang yang konservetif. Saya di luar, tanya la dalam apa bicara pun. Bersembangla dalam 'genre' apa pun,Saya boleh 'in' bak kata orang Kl.Saya seorang yang sederhana, loyar buruk dan selamba dan kadang kala dikata sombong dan garang juga. Tapi tidak sekali-skali bila hal berkenaan berkaitan dengan hati. Kerana bagi saya, Saya mahu teman istimewa saya menjadi teman hidup saya. Tidak sekali-kali mahu mencari teman yang akan dibuat 'trial and error'.

Being single and available is not a crime anyway, So, why should i must have a boyfriend to follow people rules? That is really annoying when people always ask me when i am going to married.

Saya masih mencari, mencari dan mencari. So,dari mereka-mereka ini duk bertanya soalan-soalan cepu emas berikut, Adalah lebih bagus mereka-mereka ini mendoakan semoga saya dapat bertemu jodoh saya.  Itu lebih bagus.Dan saya akan gembira!

ok.2 saje. Bye



Wednesday, February 9, 2011

Syukur 21.

Hidup ini banyak cabaran. Tuhan sudah sediakan cabaran dan ujian untuk semua umatnya bersesuaian dengan kemampuan mereka. Cbaran saya tidaklah banyak. Sedikit benar berbanding dengan orang lain. Saya bersyukur dengan hidup saya. Dan saya juga cuba tidak mengeluh dengan kehidupan saya. 


Melihat keadaan sekeliling membuat saya insaf dan sentiasa sedar bahawa hidup ini tidaklah senang dan tidaklah susah. Penerimaan ujian dariNya itu amat penting. Ujian saya ialah berumur 25 tahun tapi masih belum berpunya. Ceh. Gedik je contoh. Contoh lain please!ok.jap nak pikir....erm...ok dah. Ni saya nak cerita zaman sekolah.Saya dizaman persekolahan adalah antara pelajar yang tidaklah pandai mana. Selalu duk kelas kedua,tapi best duk kelas ke 2 sebab selalu dapat nombor 1. Nampak tak disitu hikmah disebalik saya kena duduk kelas nombor 2. Syukur juga disitu.Walaupun rasa macam hampeh. Saya juga tidak comel langsung zaman sekolah rendah. Cikgu-cikgu lelaki mahupun cikgu-cikgu perempuan amatla tidak berminat untuk menjadikan saya murid kesayangan mereka. Dahla tak comel, tak pandai jugak.Huh!Tapi saya tak kisah itu semua.Saya tekadkan semangat untuk membuktikan saya juga boleh berjaya..tapi cita-cita ni bertahan 2,3  hari je la.lepas tu hanyut balik.hahahaha.


 Zaman sekolah menengah pon masih begitu.Masih tergolong dalam golongan pelajar yang sedang-sedang sahaja(Sila dangdut sekarang!)  dimana ada seorang cikgu bahasa inggeris saya yang telah menyumpah pada kelas saya bahawasanya kami hanya mampu menjadi tukang check meter air saje bila besar nanti.Sampai hati cikgu saya kan?Tapi takpe. Saya teruskan kehidupan  yang serba sederhana ini(cewah ayat) dengan seadanya.Selalu dianaktirikan oleh cikgu-cikgu sekolah.Perit je rasa hati..Hodoh benar rasanya diri ini.


Dan sekarang, alhamdullilah,Setidakcantikan saya, (tapi sya bersyukur dengan kurniaan Tuhan) berjaya juga dalam hidup.Takdelah kerja jadi tukang check meter air. Begitu juga rakan-rakan saya yang lain...alhamdullilah semua dapat jadi orang yang berguna..Fuhh!! Lega. 


Dan saya juga berasa bersyukur kerana saya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan-golongan bijak pandai zaman skolah saya dulu. Saya tidak berdendam dengan guru-guru saya. Disebabkan kata-kata dan layanan mereka begitu,saya dapat menjadi seprti hari ini walaupun tidaklah seberapa. Kesimpulannya, Jangan sesekali putus asa dan putus harapan. Kesushan masa dulu, InsyaAllah jika kita tidak putus asa dan berusaha, Tuhan bagi kita kesenangan pada masa hadapan. InsyaAllah.So sekarang sila nyanyi lagu maher zain. Boleh juga pilih nak nyanyi versi omputih ataupon ommelayu. Ape kau tak bangga ke, sekarang orang jumpe ko, semua tak sangka ko boleh jadi seperti sekarang walaupun seperti saya kata tadi tidaklah seberapa.Gile bangga siut.tapi takdela sampai datangnya riak..syuh...syuh..p jauh-jauh riak nih!sebuk je.Tapi sedih jygak..buruk beno saya dulu ye..sampai cenggitu orang tengok saya. Tapi takpe.Saya masih bersyukur..ok sekarang nyanyi lagu syukur plak!


Ok.tu saje Bye


p/s: macam sweet-sweet je tulisan kaler pink..aauuww.

Sunday, February 6, 2011

Selamat pengantin baru!

Salam..

Kehadapan pengantin baru siti dahlila a.k.a ziela jalil (serius muka dia bila dah meka up sebijik macam ziela jalil waktu muda)dan mohd najib, taniah di atas perkahwinan anda berdua pada hari sabtu,5 feb 2011. Anda berdua sangat macho dan jelita.Saya sebagai sepupu yang mithali lagi comel. eh? akan senantiasa akan mendoakan kebahagian kamu berdua hingga ke akhir hayat. Di kesempatan ini juga saya ingin memberi kata-kata semangat untuk anda berdua. Semoga tabah untuk tidak lagi menjadi raja sehari dan tabah untuk menjadi orang dapur bagi membasuh periuk belanga,kuali,pinggan dan kawah. Kepada najib, sila jangan segan untuk menunjukkan kehebatan anda untuk membasuh segala periuk belanga dengan jayanya. Saya yakin anda boleh!yes!Dan kepada sila, janganla segan untuk membanting tulang bersama-sama. ringan sama dipikul,berat sama dijinjing. eh betul ke peribahasa ni..macam terbalik je.lantakla..hahaha.

Disini juga, sementelaah kamu berdua yang sebaya saya tapi akan beraya berdua pada tahun ini dan mungkin akan beraya bertiga tahun hadapan(InsyaAllah), janganlah dilupai sepupu kamu yang kiut ini. Silala berdua semoga saya sama-sama dapat berganding bahu untuk berjalan seiringan dengan anda bersama suami terchenta. Panjangkan doa anda berdua untuk saya ye. Doa orang baru kahwin insyaAllah....Mungkin saya juga akan beraya berdua pada tahun ini? sapa tau kan..kihkihkih..unsur merenyam disitu. 

Tengok orang kahwin jadi macam raja sangat best...layanan first class semua. tapi..tapi..bila nengok esoknya duk kat bawah khemah duk basuh semua periuk belanga,sapu sampah, susun kerusi berpeluh-peluh pengantin ....Saya rasa  erm...erm...best pulak jadi single nih..kan2?



Ok. dah .Itu je.

Wednesday, February 2, 2011

Cerita minggu ini~

Salam..

Hari ni hari rabu. Esok cuti yeay!tapi simpan yeay itu untuk esok. 2, 3 hari ini saya otak tak berapa betul..selalu merapu je. Ni la hasil bila buat kerja last minit..owh i do love my job...ok.hipokrit disitu. 


Bila kepala dah mereng,jiwa tak tenang. Mulala datang perangai tak semenggah. Kepada sesiapa yang berkenaan.maafkan saya keran berperangai begitu. Tapi dalam masa yang sama, saya sangat gembira. Hal ini berlaku kerana..cewah bahasa...melayu habes.ok sambung. Hal ini berlaku kerana gosip saya dengan 'dia' sudah tamat.Fuh!!sangat lega..'dia' sudah mengaku bahawa dalam hati beliau sudah ada taman. Berbunga-bunga bercahaya bersinar-sinar diterangi kekasih hati beliau yakni bukan saya. Kepada kakak-kakak sepejabat,no more gossip ok!..hahahahahaha...gila gembira nih. Dan kepada 'dia',Terima kasih kerana mengaku sudah berpunya.Saya rasa sangat aman untuk datang kerja sekarang. Rasa nak datang opis pukul 7.20 pagi walaupun opis buka pukul 8.30.Nampak tak bertapa hiperbola saya menzahirkan legembiraan saya itu?tengok gembira sampai typping error.malas dah nak betulkan.


Minggu ini walaupun mereng sedikit, saya dapat menjalankan tugas saya sebagai tukang cuci dengan baik.eh? kerja tidak dikomplen which is very the imposible untuk berlaku tapi tidak dikomen walaupun kantoi dengan bos ketika cubaan  berlari-lari untuk melarikan diri dari bos baik saya. Tapi kerana nawaitu yang memang tidak betul, saya terpaksa kena kerja lebih masa. Perlu dipertingkatkan lagi skill melarikan diri ini. Cuba lagi!


Dalam minggu ini juga rumah saya dimasuki oleh 2 ekor ular. Oh. adakah jodohku sudah sampai?wahahaha..tiada kaitan disitu. hanya cuba untuk memanjangkan cerita. Tapi saya masih dalam cubaan untuk bercinta dengan kerja saya. Sila doakan saya.


Dear 'kerja'~i love you
Dear Bos~ i love your cars..eh?


ok.dah habis.bye.