Tengok-Tengok

Wednesday, February 2, 2011

Cerita minggu ini~

Salam..

Hari ni hari rabu. Esok cuti yeay!tapi simpan yeay itu untuk esok. 2, 3 hari ini saya otak tak berapa betul..selalu merapu je. Ni la hasil bila buat kerja last minit..owh i do love my job...ok.hipokrit disitu. 


Bila kepala dah mereng,jiwa tak tenang. Mulala datang perangai tak semenggah. Kepada sesiapa yang berkenaan.maafkan saya keran berperangai begitu. Tapi dalam masa yang sama, saya sangat gembira. Hal ini berlaku kerana..cewah bahasa...melayu habes.ok sambung. Hal ini berlaku kerana gosip saya dengan 'dia' sudah tamat.Fuh!!sangat lega..'dia' sudah mengaku bahawa dalam hati beliau sudah ada taman. Berbunga-bunga bercahaya bersinar-sinar diterangi kekasih hati beliau yakni bukan saya. Kepada kakak-kakak sepejabat,no more gossip ok!..hahahahahaha...gila gembira nih. Dan kepada 'dia',Terima kasih kerana mengaku sudah berpunya.Saya rasa sangat aman untuk datang kerja sekarang. Rasa nak datang opis pukul 7.20 pagi walaupun opis buka pukul 8.30.Nampak tak bertapa hiperbola saya menzahirkan legembiraan saya itu?tengok gembira sampai typping error.malas dah nak betulkan.


Minggu ini walaupun mereng sedikit, saya dapat menjalankan tugas saya sebagai tukang cuci dengan baik.eh? kerja tidak dikomplen which is very the imposible untuk berlaku tapi tidak dikomen walaupun kantoi dengan bos ketika cubaan  berlari-lari untuk melarikan diri dari bos baik saya. Tapi kerana nawaitu yang memang tidak betul, saya terpaksa kena kerja lebih masa. Perlu dipertingkatkan lagi skill melarikan diri ini. Cuba lagi!


Dalam minggu ini juga rumah saya dimasuki oleh 2 ekor ular. Oh. adakah jodohku sudah sampai?wahahaha..tiada kaitan disitu. hanya cuba untuk memanjangkan cerita. Tapi saya masih dalam cubaan untuk bercinta dengan kerja saya. Sila doakan saya.


Dear 'kerja'~i love you
Dear Bos~ i love your cars..eh?


ok.dah habis.bye.

No comments:

Post a Comment