Tengok-Tengok

Sunday, February 6, 2011

Selamat pengantin baru!

Salam..

Kehadapan pengantin baru siti dahlila a.k.a ziela jalil (serius muka dia bila dah meka up sebijik macam ziela jalil waktu muda)dan mohd najib, taniah di atas perkahwinan anda berdua pada hari sabtu,5 feb 2011. Anda berdua sangat macho dan jelita.Saya sebagai sepupu yang mithali lagi comel. eh? akan senantiasa akan mendoakan kebahagian kamu berdua hingga ke akhir hayat. Di kesempatan ini juga saya ingin memberi kata-kata semangat untuk anda berdua. Semoga tabah untuk tidak lagi menjadi raja sehari dan tabah untuk menjadi orang dapur bagi membasuh periuk belanga,kuali,pinggan dan kawah. Kepada najib, sila jangan segan untuk menunjukkan kehebatan anda untuk membasuh segala periuk belanga dengan jayanya. Saya yakin anda boleh!yes!Dan kepada sila, janganla segan untuk membanting tulang bersama-sama. ringan sama dipikul,berat sama dijinjing. eh betul ke peribahasa ni..macam terbalik je.lantakla..hahaha.

Disini juga, sementelaah kamu berdua yang sebaya saya tapi akan beraya berdua pada tahun ini dan mungkin akan beraya bertiga tahun hadapan(InsyaAllah), janganlah dilupai sepupu kamu yang kiut ini. Silala berdua semoga saya sama-sama dapat berganding bahu untuk berjalan seiringan dengan anda bersama suami terchenta. Panjangkan doa anda berdua untuk saya ye. Doa orang baru kahwin insyaAllah....Mungkin saya juga akan beraya berdua pada tahun ini? sapa tau kan..kihkihkih..unsur merenyam disitu. 

Tengok orang kahwin jadi macam raja sangat best...layanan first class semua. tapi..tapi..bila nengok esoknya duk kat bawah khemah duk basuh semua periuk belanga,sapu sampah, susun kerusi berpeluh-peluh pengantin ....Saya rasa  erm...erm...best pulak jadi single nih..kan2?



Ok. dah .Itu je.

No comments:

Post a Comment