Tengok-Tengok

Wednesday, February 9, 2011

Syukur 21.

Hidup ini banyak cabaran. Tuhan sudah sediakan cabaran dan ujian untuk semua umatnya bersesuaian dengan kemampuan mereka. Cbaran saya tidaklah banyak. Sedikit benar berbanding dengan orang lain. Saya bersyukur dengan hidup saya. Dan saya juga cuba tidak mengeluh dengan kehidupan saya. 


Melihat keadaan sekeliling membuat saya insaf dan sentiasa sedar bahawa hidup ini tidaklah senang dan tidaklah susah. Penerimaan ujian dariNya itu amat penting. Ujian saya ialah berumur 25 tahun tapi masih belum berpunya. Ceh. Gedik je contoh. Contoh lain please!ok.jap nak pikir....erm...ok dah. Ni saya nak cerita zaman sekolah.Saya dizaman persekolahan adalah antara pelajar yang tidaklah pandai mana. Selalu duk kelas kedua,tapi best duk kelas ke 2 sebab selalu dapat nombor 1. Nampak tak disitu hikmah disebalik saya kena duduk kelas nombor 2. Syukur juga disitu.Walaupun rasa macam hampeh. Saya juga tidak comel langsung zaman sekolah rendah. Cikgu-cikgu lelaki mahupun cikgu-cikgu perempuan amatla tidak berminat untuk menjadikan saya murid kesayangan mereka. Dahla tak comel, tak pandai jugak.Huh!Tapi saya tak kisah itu semua.Saya tekadkan semangat untuk membuktikan saya juga boleh berjaya..tapi cita-cita ni bertahan 2,3  hari je la.lepas tu hanyut balik.hahahaha.


 Zaman sekolah menengah pon masih begitu.Masih tergolong dalam golongan pelajar yang sedang-sedang sahaja(Sila dangdut sekarang!)  dimana ada seorang cikgu bahasa inggeris saya yang telah menyumpah pada kelas saya bahawasanya kami hanya mampu menjadi tukang check meter air saje bila besar nanti.Sampai hati cikgu saya kan?Tapi takpe. Saya teruskan kehidupan  yang serba sederhana ini(cewah ayat) dengan seadanya.Selalu dianaktirikan oleh cikgu-cikgu sekolah.Perit je rasa hati..Hodoh benar rasanya diri ini.


Dan sekarang, alhamdullilah,Setidakcantikan saya, (tapi sya bersyukur dengan kurniaan Tuhan) berjaya juga dalam hidup.Takdelah kerja jadi tukang check meter air. Begitu juga rakan-rakan saya yang lain...alhamdullilah semua dapat jadi orang yang berguna..Fuhh!! Lega. 


Dan saya juga berasa bersyukur kerana saya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan-golongan bijak pandai zaman skolah saya dulu. Saya tidak berdendam dengan guru-guru saya. Disebabkan kata-kata dan layanan mereka begitu,saya dapat menjadi seprti hari ini walaupun tidaklah seberapa. Kesimpulannya, Jangan sesekali putus asa dan putus harapan. Kesushan masa dulu, InsyaAllah jika kita tidak putus asa dan berusaha, Tuhan bagi kita kesenangan pada masa hadapan. InsyaAllah.So sekarang sila nyanyi lagu maher zain. Boleh juga pilih nak nyanyi versi omputih ataupon ommelayu. Ape kau tak bangga ke, sekarang orang jumpe ko, semua tak sangka ko boleh jadi seperti sekarang walaupun seperti saya kata tadi tidaklah seberapa.Gile bangga siut.tapi takdela sampai datangnya riak..syuh...syuh..p jauh-jauh riak nih!sebuk je.Tapi sedih jygak..buruk beno saya dulu ye..sampai cenggitu orang tengok saya. Tapi takpe.Saya masih bersyukur..ok sekarang nyanyi lagu syukur plak!


Ok.tu saje Bye


p/s: macam sweet-sweet je tulisan kaler pink..aauuww.

No comments:

Post a Comment