Tengok-Tengok

Wednesday, November 2, 2011

PELANGI

Menjenguk setelah lama menyepi. Hidup dalam larian yang kadang terlaju dan kadang perlahan buat hidup terumbang sedikit. Hanyut dalam larutan fikiran dan tanggungjawab buat aku layu.

Larian tanggungjawab kini buat aku jauh.Dengan kata lain aku hanyut sebenarya.Hanyut dalam tanggungjawab yang aku suka seketika. Ketika lain aku menjadi benci. Bebanan di bahu dan di kepala sedang sedaya upaya aku memikul, Tidak mahu tertumpah isinye berciciran. Pegang kemas.

Aku mahu hidup aku yang lama sebenarnya.

Pelangi.datang dalam hidup aku kembali.Tolong.

Monday, July 4, 2011

SSSSUUUWWWEEETTT KAN PINK!

Assalamualaikum...


Respect


Respect dalam bahasa melayu hormat ye kawan2..Bagaimana kita menunjukan rasa hormat? percakapan? pergaulan?


Bagi aku, hormat ni merangkumi semua. Untuk wujudnya rasa hormat, kita perlu hormat org lain dulu. Hormat diri mereka, hormat kawan2 mereka, hormat dgn peribadinya. 


Hormat juga boleh didefinasikan dengan panggilan kita. Rasa hormat membuatkan kita sopan berbahasa, tapi janganla hormat sampai melabel seseorang itu dgn panggilan abang dan kakak sahaja. Ok. Motif sebenar aku bengang ade mamat kat office yg tua  4 tahun panggil aku kakak. Dah bagitaw jangan panggil kakak pon, still tersasul jugak tu!huh!Ape tue bebenor ke aku..... adoila..kena ubah gaye ni..


Selepas melihat kejaidan itu, seseorang telah jatuh simpati pada aku dan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah aku. Aku panggil beliau cikgu ye..Aku nak mengikut cikgu ni bukan ape. dah sah2 dia anak dua orang ingat anak dara ape kes..Harusla kena menuntut dengan cikgu ni kan..ekekeke.


Mengikut cikgu tak bertauliah yg aku menuntut tadi.setelah ditambah tolak, fikir2 sampai makin nampak tua dan makin tua aku dr cikgu aku tu, aku sudah dapat jalan penyelesaiannya, Yeay bebeh!!Ok.Antara penyelesaian yang dapat aku gapai setelah ber'meeting' dengan cikgu aku tadi. Inila hasil nya sebagaimana berikut:(cewah!!)


1. Aku kena ubah gaya aku. Kerja ok tapi jgn stres.. tak mau stress.. x mau. Ok. Done. I' m happy ever after now.


2.Senym sentiasa ya.. ok skang aku akan senyum sambil nyanyi lagu senyum. mesti senyum je aku nanyti kan.


3. Last ni aku berat sket..Mengikut cikgu aku tu, untuk nampak muda remaja sentiasa, aku kena pakai baju berunsurkan pink...PINK ok..matila mak..celah bila la aku ni suka pink.adoilayai pun kan..Tapi demi cita2 ku menjadi remaja muda cantik sentiasa, akan aku gali gobok aku mencari pink..Ok. aku dah gali. tak ade pink weh..gila la tak sweet aku ni. Patutla kan...patutla...huhuhu..takpe2.. esok aku cari baju baru kaler pink banyak - banyak,,azam baru di tgh tahun nih!
yes!


OK. Dah melalut. Bye.




~If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.~


Cantik tak kasut ni..pink ape tu...kikiki

Tuesday, June 28, 2011

Hati kita Allah yang pegang

Hati kita Allah yang pegang.

Dan semoga kita menjadi manusia yang sentiasa berpegang pada jalan-Nya.Allah SWT datangkan ribut petir pada mulanya kerana Dia mahu datangkan pula pelangi indah kemudiannya.Ujian datang pada mereka yang mampu menghadapinya. Segala ujian adalah bagi mengukur kecintaan kita padaNya.


~You can't have happiness without pain, and you can never have beautiful rainbows without rain~

Semoga Dia permudahkan segalanya. Amin

Friday, June 17, 2011

POSITIF! POSITIF! POSITIF!

Kelebihan ada pada semua orang. Jika kau lebih disini, kau mungkin kurang disana. Tiada manusia yang sempurna. Aku punya banyak kelemahan, tapi aku tahu aku juga punya kelebihan. Kelebihan diri, orang susah nak nampak. Tapi kelemahan diri, pandang seminit dua sudah dapat senaraikan kelemahan. 

Minda selalu kata ingin berfikiran positif, mencari info sana sini, madah begitu begini semata -mata cuba mahu menjadi positif. Tapi pengakhiranya tetap terselit negetif. Eh tak, kita tukar. Pertengahan perjalanan kita tetap terselit fikiran negetif. Tapi kita terus mendaki mencari positif. Manusia, kerana tuhan jadikan manusia itu prlbagai rupa dan pelbagai akal fikirnya, maka aku sebagai manusia yang banyak fikirnya, yang selalu tersasar untuk berfikir positif, akan terus berusaha mencari positif. Aku akan terus berusaha dan berusaha. 

Minggu depan adalah hari bapa.. Selamat Hari Bapa abah ~
 Abah adalah terbaik bagi saya. Semoga roh mahu tenang disana, kami disini sentiasa mendoakan mu disana~

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Saturday, May 21, 2011

Jiwa kacau

Terasa mahu update. Tapi tak tahu apa yang perlu di update..Dalam kepala ada banyak cerita. Tapi semua stuck  disitu. Lately, aku makin lain. Kurang lagi melawak sperti dulu-dulu. Merapu, mengarut, bercerita dan brgurau senda macam dah lari cabut tinggalkan aku. Oh tidak,hormon gelak,merapu aku dah hilang....Oi, datang sini balik!!berani kamu lari!!.please.pulangkan.

Rasa sedih tengok sekeliling aku, Bila berkumpul, aku nak bercerita tapi semua msg tak sampai. Cerita tak menjadi, melawak lagila cam hampeh. Tuhan, aku nak kembali kepada aku yang dulu. Aku yang sekarang sangat tidak best. Rasa hidup sangat bosan. hari-hari pikirin kerja aja..waduh..Bila sih mahu pikirin cowoknya.. haha. ok. tak kelakar.

Tapi aku pegang hati aku supaya tidak berubah pada yang Esa. Dan berusaha keras untuk tidak berubah. Susah tahu. Hati ni walaupun kecil tapi boleh merubah diri tanpa disedari...Owh, aku perlu muhasabah diri selalu nih. harus!

Bila di office, officemate dah tegur, muka aku sentiasa berkerut.dah macam umur  30 tahu. Gila scary!! Tapi bukan ke kita patut senang hati bila kerja banyak? yang perlu susah hati bila tiada kerja untuk dikerjakan. kan?

Tuesday, April 12, 2011

CINTA.

Hey awak...ye awak...saya suka awak tahu. Tapi saya hanya suka. bukan cinta...


Hey awak 1, awak 2 dan awak 3, saya hanya suka dia tahu. Bukan cinta..


Hey awak... ye awak la..sape lagi.. x payah pandang kiri kanan..awakla..saya pun suka awak juga. dan hey awak yang kat sana tu. saya suka jugak.awak  juga. Dan awak juga..ye2..awak juga...


See...suka untuk lain..cinta itu lain...suka membawa duka ya..cinta membawa derita...hehehe..tak. saya tipu je. cinta bawa bahagia la..Suka membawa cinta juga kadang - kadang. Hiks..Tapi ade satu cinta yang paling best...nak taw tak adik - adik!!!!!!


ye, meh sini ahkak bagitahu ni...dengar2 dengar semua..cinta paling best ialah...


Cinta pada yang Esa. Cinta ini tidak pernha dan tidak akan menghampakan kita. Cinta yang ini akan selalu membuat kita terbuai - buai bahagia..ya. Bahagia...Bercinta denganNya membuat kan dunia ini bercahaya dimana - mana...bercinta denganNya memberi ketenangan jiwa...ya..saya ingin dan sentiasa ingin bercinta denganNya .ya. saya cinta padaNya..




~Memberi nasihat itu sangat best, mudah dan rasa hebat kan.. tapi untuk menerima dan mengaplikasikan nasihat adalah sungguh payah yang amat~

Monday, March 28, 2011

Saya suka kerja saya

Dear Kerja....

Saya suka kerja saya..
Saya suka kerja saya..
Saya suka kerja saya...
Saya suka kerja saya..
Saya suka kerja saya..
Saya suka kerja saya...
Saya suka kerja saya..
Saya suka kerja saya..
Saya suka kerja saya..
Saya suka kerja saya..
Ok. Dah cukup sepoloh kali.
Saya mahu tukar dari begini



Kepada begini..

Ouh cool seyh!!



 Sila amal hari..yes.saya suka kerja saya....ouh kerja.