Tengok-Tengok

Sunday, October 17, 2010

UjiAn..Redha dan Bahagia.

Ujian..
ujian Allah SWT dtg dlm pelbagai cara. Allah uji kerana Allah sayang..kita hanya dipinjamkan,maka kita tiada hak untuk menghalang apabila Tuhan mahu mengambilnya kembali..
ujian datang bersesuaian dengan iman umatnya..


Redha..
redha untuk penuh. redha untuk sabar.redha itu bahagia.redha itu ketenangan..Redha adalah yang sebaik-baiknya. terima redha adalah wajib.Jangan menolak.Jangan menangkis.


Tangisan..
Tangisan itu kerana duka.Tangisan itu kerana gembira. Tangisan itu pengubat jiwa. Menangis bukan untuk yang lemah. Menangis bukan kerana kita lemah. Menangis kerana kita sayang. Menangis kerana kita rindu. Menangis kerana kita redha.


Pinjaman..
 Tuhan pinjamkan aku anak kecil yang manis senyumannya. Tuhan pinjamkan aku anak kecil comel gelak tawanya. Tuhan pinjamkan aku anak kecil kuat semangatnya. Tuhan pinjamkan aku anak kecil yang menjadi kesayangan semua.


Hakimi,
Allah itu adil.Allah itu benar. kamu dipinjamkan kepada kami setahun sebulan.tapi kami akan mengenangmu sepanjang hayat. Kami bahagia dengan kedatangan mu dan kami redha dan kepergianmu. Tangisan kami ini keran redha.Tangisan kami ini kerana kerinduan. Tangisan kami ini kerana bahagia.


Buat Abah Hakimi-sabar dan redha.
Buat Ibu Hakimi- tangisan itu pilu dipendengaranku. Tapi aku tahu kamu redha kepergiannya. Sayang kamu pada Hakimi adalah kasih sayang terulung seorang ibu pada anaknya. Kamu telah menjaganya sehabis baik. Kamu menjaga ibarat menatang minyak yang penuh.


Abah dan Ibu Hakimi...
Kamu bersekang mata menjaga anak kecil itu. Tidak mengeluh mahupun putus asa.Aku kagumi semangat itu. Redhakanla pemergian dia..tapi pahatkan di hati...anak comel kamu ini sentiasa akan mendoakan kamu. Kamu diberi anugerah yang tak ternilai....untungnya kamu..tabahnya kamu..redhanya kamu..


Buat Che Wan Muhammad Al-Hakimi Ramadhan bin Che Wan Lokman.
kamu sentiasa di hati,jiwa dan fikiran kami...semoga kamu bahagia disana..doakan moga kita dapat berkumpul disana..


~cik teh sayang kamu.


Che Wan Muhammad Al Hakimi Ramadhan
~30.08.2009-04.10.2010~

No comments:

Post a Comment