Tengok-Tengok

Wednesday, March 9, 2011

Sentap tak abis~

Kerja itu tanggungjawab. Aku cuba menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja aku. Walaupun takdela besar mane tanggungjawab aku, aku cuba laksanakan dengan baik. Aku tak kata aku buat dengan terbaik tapi aku cuba buat yang terbaik. Bila kerja ni kita berurusan dengan orang.Bila urusan dengan orang ni pelbagai ragamnya.


Bila kita bekerja, kita cuba buat yang sungguh-sungguh walaupun masa tu semangat nak buat kerja tinggal 0.0001% je lagi. Kita kena cuba. Cuba untuk memenuhi tuntutan kerja kita. Jangan bila diberi kerja, dek kerana malas kita cuba berdolak dalik untuk buat kerja tu. Arahan diberikan untuk dipatuhi.Procedure diwujudkan untuk dipatuhi. Bukan untuk jadi tatapan mata sahaja.

Arahan itu penting.Tanpa arahan kita tidak tahu mana arah tuju pekerjaan kita. Jangan pula bila disuruh buat A, kita sibuk-sibuk pula nak buat B. Bila ditanya, selalu ada alasannya. Selalu banyak kerja walhal hanya termangu-mangu didepan computer. Bekerja ni sebenarnay boleh menilai diri seseorang. Kita boleh nampak cara orang yang betul-betul buat kerja dengan orang yang nampak sibuk ke hulu ke hilir tapi tiada kerjanya.

Tapi jika bekerja tunggang terbalik,tergoleh berguling-guling,tapi sedikit pon tidak perhargaan kadang-kadang boleh membuat si rajin itu boleh menjadi si malas. Ya, aku tahu bekerja kena ikhlas. Tapi jika keadilan perhargaan itu tidak imbang timbangannya itu, turut juga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati. Siapa yang kata dia bekerja bukan kerana duit. Maka dia seorang yang penipu. Dan aku mengaku yang aku kerja kerana duit tapi aku imbangkan mata duitan aku dengan tanggungjawab aku pada kerja aku.

Ya,ya. Tidak semestinya duit. Ya betul-betul. Tapi kita ada cara lain kan? Perhargaan dengan perkataan terima kasih juga sudah cukup membuatkan kami berasa bersemangat untuk bekerja.tapi  Bila sudah tidak dapat menilai intan dan kaca, batu dan mutiara apalagi yang boleh dikata.?

No comments:

Post a Comment