Tengok-Tengok

Sunday, March 6, 2011

Bila orang cuba buat kita terasa mahu bagi pelempang.



Manusia ni selalu mengeluh tentang nasib mereka.Termasuk saya.. Selalu mengeluh dan bertanya kenapa nasib mereka begitu dan begini. Oh, manusia.Mulut selalu kata bersyukur tapi hati masih mengeluh.Oh manusia lagi. Bila gembira. Tidak terfikir untuk bersederhana. Bila bersedih habis semua duka terkeluar. Jangan tertekan pada yang menekan. Cuba untuk gembira juga ketika tertekan. 


Begitu juga kerja saya.Kerja makin menghimpit-himpit saya. Sampai rakan pejabat mengata jika melihat timbunan fail dan kotak-kotak di meja saya. Harimau menyorok pun pasti tak nampak.Sangat sarkastik dan sakit hati jua. Tapi sebenarnya timbunan fail itu berlaku kerana saya malas untuk menyusun kembali.  Maklumlah kerja bertimbun-timbunan ibarat bangunan office baru saya di Kuala Lumpur itu. Saya kan pekerja yang sangat sibuk. Mana ada masa nak kemas-kemas fail yang ibarat kerja remeh itu. owh please.Jangan nak rasa sangat siku di kepala ya.  Dan kerja yang menimbun itu turut menganggu emosi saya. Bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang betul-betul menyempitkan saluran penafasan saya. Jam di desktop terus berputar laju. Oh masa kini sangat cepat berlalu. Kini baru terasa kenapa zaman belajar dulu saya tak belajar sungguh-sungguh. Kalau tidak,InsyaAllah peluang jadi Bos besar lebih cerah. Sekarang hanya jadi kuli kepada orang-orang diatas dimana kita bekerja sedaya upaya,bersekang mata,memerah keringat dan guling tertonggeng,mereka yang lebih besar pangkat dan lebih pandai bodeknya mendapat nama. Dan saya yang dibawah ini hanya mampu ternganga dan mengelap peluh di dahi yang menitik ibarat kerja di sawah padi.




aku berharap tidak jadi begini.Kalau tidak aku berhenti 24 hours notice.
CONFIRM!




Tapi tak mengapa.Tuhan itu maha adil.Saya bersyukur dan sentiasa cuba bersyukur. Dan saya ikhlas dan sentiasa cuba ikhlas dimana kadang kala ada mereka-mereka cuba membuatkan saya ingin meng'siku' kepala mereka. Setiap pekerjaan ada senang dan ada payahnya. Maka jangan sesekali berfikir kerja kami ini senantiasa senang. Please. Sekarang rasa mahu bagi pelempang juga. Kalau semua kerja kami senang,tak perlulah kami dibayar beribu. bayar seringgit dua sudah memadai. Haaa.. kan da emosi disitu..




P/S: Saya masih cuba mengharagai dan masih belajar untuk menyintai kerja saya.

No comments:

Post a Comment